Thursday, 14 February 2013

experiment from tisu lap tangan pengantin....hehe

Assalamualaikum semua dan salam jumaat.....bertemu lagi jumaat yang suci ini
Pada Sabtu yang lalu... i dan my hubby berkesempatan jenguk kejap ke Mesjid india, itupun sebab i yang paksa, biasala...tugas sbgai istri mmg wajib memaksa si suomi, heheh..sian dia kene jadi driver, oitt!!! melalut pulak, dalam dok membelek-belek barang kawin dlm kedai sayang u tingkat U5 dlm semua house, ternampak pulak tisu yang berbunga inggeris style ni, tersusun cantik jer atas para tu, tetiba teringat, mmg tisu ni orang sekarang dok pakai untuk lap mulut n tangan di kenduri kahwin kan?  hmmmm...

rasa macam best je corak tisu ni kan...tekstur ia mmg sgt cantik tapi agak tebal sedikit...dalam dok mencuba idea untuk menggubah bunga dengan tisu ni...tetiba terfikir, tisu yang cantik ini mereka akan buang setelah digunakannya...kenapa tidak kalau dibuat sebagai cenderahati atau bunga sahaja....rupa-rupa nya susah jugak sebab jenis tisu ni tebal dan susah nk dibentuk macam kertas crepe...oklah..idea 1 tak menjadi...tukar idea 2 pulak...try buat POM POM pulak...pun sama...disebabkan tisu ni ada 2 layer yg sgt nipis dan mudah terkoyak....so cuma dapat bentuk yang tak berapa cantik jer....anda semua boleh tengok yer pic bawah...ataupun tangan i pada masa tu x berapa nk menjadi (disebabkan buat xperiment ni jam 3.00 pagi daa...) apakata korang pakat-pakat try buat..nti bila dh jadi share la dlm page fb atau blog nti yer..kasi link skali...bai bai

time nk gunting tu mmg terseksa sikit sb tisu ni tebal

muehehehe....pom pom apekah ini???

hmmm...not bad la kan....

Wednesday, 13 February 2013

Carnation from tissue paper

As salam semua....

terima kasih kerana sudi menjenguk blog yang perasan perasan nak jadi mak andam ni..hehehe...untuk entry kalini..i nak share pasal tisu yang sangat cantik dan pastel ni. Tentu ramai yang telah menggunakan jenis tisu nikan? tentu tak percaya yang tisu ni boleh buat bunga kan? kan?...kan....heheh
okeylah x nk membebel panjang lebar...anda semua boleh  lihat cara-cara membuat bunga carnation ni

oh yer...cara-cara sama dengan POM POM...sebijik dan sgt senang  







cawan i pun nak enterframe...


Tu tu... tutorial

Assalamualaikum
 Harini nak share pasal buat tutu untuk bunga..tutu ni peranannya sebagai aksesori...sebagai penaik seri bunga pun boleh jadi....asalkan saiz tutu itu...(berapa bnyk tu laa...) mestilah lebih besar daripada saiz bunga...selalunya net ini terbahagi kepada bnyk saiz dan jenis..sy lebih suka gunakan kain net jenis tebal sebab ia kurang habuk, keras dan mudah di lipat selain itu juga murah....RM2.50 je semeter...kalau yang jenis lembut...selalunya mak andam buat kain veil atau pintu gerbang atau pelamin..or whatever lah...net lembut tu banyak habuk sikit..so kepada sesiapa yg ade resdung mcm sy mmg payah sikit la nk buat kerja...sy syorkan gunakan jer kain net jenis keras ni...so enjoy

gunting kain net mengikut besar yg dikehendaki..ambil dua helai kemudian susun
sebenarnya cara buat tutu ni pun sama sebijik mcm buat pom pom..
lipat zig-zag atau lipat macam buat bunga pom pom, selepas itu lipat dua

ambil dawai, belit kan ia....jika hujung kain net tidak sama..guntingkan sahaja...

setelah itu, kembangkan dan tarik sedikit bahagian lapisan kedua supaya ia kembang

TARAA!!!!..... selamat mencuba