Wednesday, 19 June 2013

Kenangan belajar Kraf dengan Mak

Assalamualaikum semua

Azra percaya, tak semua orang punya Ibu yang pandai segala-galanya, seperti Ibu sy, walaupun dia pandai memasak, namun membuat kraf adalah salah satu hobinya, tetapi setelah Ibu berkahwin, dia membahagikan waktu-waktu nya untuk membesarkan lima orang anak yang cergas dan nakal termasuk azra si tengah (acik) yang dari kecil memang minat dalam bidang seni, tiada paksaan ataupun dorongan dari Ibu, malahan Ibu akan marah jika ternampak sy mula melakar itu ini, mengoyak kertas kosong dan juga mengambil gincu mekah Ibu lalu melukis di atas kertas alas sabun Lux (dulu takut nak minta beli kertas lukisan sebab mak marah kalau tahu anak dia suka melukis) jadi..kertas sabun itu azra kumpul lalu melukis atas ia. Kenangan itu sangat mahal...
 Seingat azra, sepupu sulung dari abang sulung mak (pak long) berkahwin di kala itu....azra baru kanak-kanak dan selalu mengintai-gintai kerja kahwin yang nenek dan mak buat, nenek azra kalau nak tahu pandai juga buat bunga telur (jenis anyaman, tin, straw, tali rafia dan lian-lain) malahan pandai membuat kasut pengantin dan juga baju pengantin...pelamin bersanding dan bilik. Satu hari ternampak nenek sedang menganyam talia rafia yang berbentuk love (seperti pic dibawah)


bila dah buat banyak-banyak baru nenek satukan menjadi kelopak bunga yang cantik... kemudian mak pula adakalnya akan menolong membuat bunga telur juga..tetapi ada satu kejadian itu yang membuatkan aku terus terpesona dengan ke 'simple'an bunga melur ni.. satu hari seperti biasa aku mengintai rumah nenek (kut kut mereka membuat projek bunga) aku naik tangga perlahan-lahan dan mata aku ternampak satu hiasan bunga siap berbingkai di dinding rumah nenek... macam gambar bawah tu


bunga tu kecil kecil sahaja dan sangat comel hinggakan aku terfikir dan berangan bila dah besar dan bersanding nanti nak buat bunga pahar yang comel tu...dari situ la timbul keinginan aku untuk belajar lebih lagi kraf dari mak..tetapi seperti biasalah...mak aku tetap tak suka pasal seni
..bersambung...

2 comments: