Monday, 4 November 2013

Bunga telur tema Ungu dan Kuning, sangat cantik

Hai...post lagi kali kedua untuk harini, maklumlah dh lama x update, yang ni pulak bunga telur atau bunga pahar untuk tema ungu gelap dan kuning, cantik kan?
pandai penganti ni pilih kaler..

selepas itu... hasilnya setelah klien menghantar pic



tahniah sis..cantik baju :) LIKE


Bunga Telur teratai..kembangnyer

Assalamualaikum
dah lama siap...tempahan bunga telur teratai..tema pink dan baby blue, sangat comel. Pelanggan nak 300 batang..harga kesemuanya rm3.00 x 300.00 = rm900.00, ade diskaun tau, hehe















Sunday, 6 October 2013

Azraweddingproject instagram!! jom follow

Assalamualaikum semua..jom follow instagram ni...
nak tahu update terkini melalui mobile phone canggih manggih anda..meh kite follow..


Wednesday, 3 July 2013

Friday, 21 June 2013

Hari Epal

Assalamualaikum...hai

Kalini pula nak cerita pasal Hari Epal..hmmmm...saya mmg tak terfikir dan tak pernah dengar pasal Hari Epal ni, hinggalah kawan azie blogger ELFAMISA IEDA memberi idea tentang hari epal ni supaya disambut untuk kakitangan office saya sahaja, sambutan ini bukan bertujuan untuk menyambut benda benda tak elok seperti hari valentine tu..kami ada sebab kenapa..antaranya
1: menyambut seruan KP kami supaya kalini persatuan PUSPANITA mengentengahkan nilai nilai kekeluargaan dan kesihatan selain kegiatan usahawan untuk wanita.. so kami yang dikalangan jiwa jiwa muda ni(mude ke saye) memulakan projek Hari Epal ini supaya dapat mengeratkan perpaduan dan persahabatan diantara pekerja-pekerja disini.. dan yang paling seronoknya..saya belajar benda baru!!!.. dan juga tempahan kami dah mencecah 100 biji ke atas...so tak nak membebl panjang-panjang..dibawah adalah antara  sesi membungkus projek Hari Epal kami...enjoy


pada mulanya..Ida bagi kepercayaan dekat azie supaya design bentuk packaging...memula idea macam gambar dekat atas nuh..tapi bila kira bajet memang tak sesuai...takut terlebey bajet pulak kan..hah..itu pun kene kira tau takut nanti kita buat keje sia sia jer...setelah itu..



dannn...saya dapat tolong separuh je disebabkan kesibukan yang melampau di unit saya..dan terima kasih diucapkan pada ieda kerana faham situasi unit kami...hehehe..siap belanja makan cupcake lagi tau..dan cupcake dia super duper wooper sedappp....siries!!!


Wednesday, 19 June 2013

Kenangan belajar Kraf dengan Mak

Assalamualaikum semua

Azra percaya, tak semua orang punya Ibu yang pandai segala-galanya, seperti Ibu sy, walaupun dia pandai memasak, namun membuat kraf adalah salah satu hobinya, tetapi setelah Ibu berkahwin, dia membahagikan waktu-waktu nya untuk membesarkan lima orang anak yang cergas dan nakal termasuk azra si tengah (acik) yang dari kecil memang minat dalam bidang seni, tiada paksaan ataupun dorongan dari Ibu, malahan Ibu akan marah jika ternampak sy mula melakar itu ini, mengoyak kertas kosong dan juga mengambil gincu mekah Ibu lalu melukis di atas kertas alas sabun Lux (dulu takut nak minta beli kertas lukisan sebab mak marah kalau tahu anak dia suka melukis) jadi..kertas sabun itu azra kumpul lalu melukis atas ia. Kenangan itu sangat mahal...
 Seingat azra, sepupu sulung dari abang sulung mak (pak long) berkahwin di kala itu....azra baru kanak-kanak dan selalu mengintai-gintai kerja kahwin yang nenek dan mak buat, nenek azra kalau nak tahu pandai juga buat bunga telur (jenis anyaman, tin, straw, tali rafia dan lian-lain) malahan pandai membuat kasut pengantin dan juga baju pengantin...pelamin bersanding dan bilik. Satu hari ternampak nenek sedang menganyam talia rafia yang berbentuk love (seperti pic dibawah)


bila dah buat banyak-banyak baru nenek satukan menjadi kelopak bunga yang cantik... kemudian mak pula adakalnya akan menolong membuat bunga telur juga..tetapi ada satu kejadian itu yang membuatkan aku terus terpesona dengan ke 'simple'an bunga melur ni.. satu hari seperti biasa aku mengintai rumah nenek (kut kut mereka membuat projek bunga) aku naik tangga perlahan-lahan dan mata aku ternampak satu hiasan bunga siap berbingkai di dinding rumah nenek... macam gambar bawah tu


bunga tu kecil kecil sahaja dan sangat comel hinggakan aku terfikir dan berangan bila dah besar dan bersanding nanti nak buat bunga pahar yang comel tu...dari situ la timbul keinginan aku untuk belajar lebih lagi kraf dari mak..tetapi seperti biasalah...mak aku tetap tak suka pasal seni
..bersambung...

Wednesday, 8 May 2013

Hantaran perkahwinan dari bantal : mudah giler

Assalamualaikum semua...minggu ni agak bz sikit dengan kerja dan urusan kahwin adik ipar yang telah slesai minggu lepas, minggu ni pula, ada kursus taxidermi pula, so komitmen keje dah banyak, dengan itu lagi, ini lagi..bla bla bla...(membebel)

okey, haritu sy ada buat teaser dlm fb azrasophie pasal hantaran bantal yang mudah dan simple, anda semua mesti nak tahu ending teaser tu kan..so enjoy pic dibawah ni (tak larat nak taip banyak sebab bahu sakit)







Sunday, 21 April 2013

Ribbon Tutorial

Assalamualaikum
harini kita belajar yang mudah-mudah sahaja, tutorial kalini ialah ribbon yang simple dan boleh mix colour, texture dan juga apa jua kaedah yang anda rasa creative lah...

ambil dan potong 2 helai kertas crepe atau kertas tisu, kertas yg printed dan yg anda print sendiri pun x jadi masalah & 2 reben

potongan tak sama yer..biar nampak bertindan yang cantik, dan gam sedikit

pastikan reben itu kecil sedikit dari kertas crepe bawah, kemudian gam

ambil riben polkadot, kemudian gam di atas
buat dua helai
lipatkan ia, tetapi jangan tekan..biarkan sebab nanti kita nk dapatkan efek kembong riben
hah...jadila macamni, ikat di bhagian bawah tu



buat dua

ikatkan kedua-dua riben tadi menjadi satu

ambil riben yang lain(lupa nk nyatakan awal tadi) buat ikatan riben yg comel, kemudian gam diatas riben buatan tadi

ambil sedikit riben polkadot untuk tutup dan kemaskan riben tadi

okey tutup kt sini..kemudian gam
HASILNYERRR....... dh jadi


taraaa...dh jadi..anda boleh sesuaikan dengan bunga dulang pilihan, atau boleh buat saiz kecik sikit untuk ribbon Rewang...boleh laaaa..kan...

Tuesday, 9 April 2013

Bunga Pahar Merah Menyala!!!

Assalamualaikum semua...
dah lama rasanya tak update blog..sorryla kiranya kawan-kawan tertunggu-tunggu...eh.jap jap...macam perasan femes je blog ni..ehehehe...

cerita pasal bunga dekat bawah ni..tak masuk dlm list tahun ni pun..ini pun sebab tuan punya badan tetiba nak bunga comel mcmni..memula rasa mcm x boleh buat sebab tak cukup masa..tapi disebabkan yang tukang tolong buat bunga ni mengofferkan diri..so sengih memanjang la sy...ahhhh...lega ada orang tolong. Cepat siap pulak tu..maklumlah yang tukang tolong tu bakal pengantin...aura dia lain sikit...
Merah kan???!!!...sangat merah...dan saya sangt suke (tetiba suke kaler merah)