Tuesday, 16 October 2012

Mystique Masqurade crepe flower

Assalamualaikum

minggu lalu..dikesempatan hari jumaat, diwaktu terluang, ada mengajar kyati atau sesi brainstorming(hehe) bagi mengubah bunga untuk sepupu nya yang akan bakal melangsungkan perkahwinan tahun depan... tema kaler gold, ade hitam tapi polkadot....

antara bahan-bahannya...idea kaler daripada kyati

idea gubahan bunga daripada azra sendiri..

ada 3 jenis bunga yang dapat di gubah

yang paling aku suke..yang dua layer depan sekali...tapi kyati cakap makcik dia nak yang ade ribbon tu

Wednesday, 3 October 2012

Giant Hand Bouquet-lotus

hai...bertemu kembali....tak tau nak tulis ape, cadangan nak buka order kepada sesiapa berminat untuk beli Giant handbouquet ni..sekarang ni..trend style mcni tengah in....ramai yang gunakan bunga rose dan lily...tapi nak try guna bunga lotus ni....









Thursday, 27 September 2012

Chinese Rose crepe flower

hai...bunga kalini senang juga nak buat....sehelai boleh dapat 8 kelopak...tapi banyak teknik sikit contohnya kena pandai pintal kertas dengan pen atau batang sebesar pensil...lidi bunga telur pun boleh...

kertas empat segi sama dipotong sebanyak 4 helai

kemudian disusun dan lipat separuh

lipat lagi hingga kecil

paham kot..heheh

lipat menjadi segitiga

begini lipatannya yer...mcm lipat tisu kenduri

kemudian potong bulat  di bahagian atas

okey....gini potongnya

taraaa......mcm kon eskrim

buka balik lipatan tadi...mesti akan menjadi bentuk love

buka lagi...

potong sikit dibahagian tengah2

okey..last bukaan....taraa...jadilah kelopak

jangan lupa gunting sikit supaya menjadi kelopak yang betul

okey..kita ada 4 kelopak

ini batang berus.....nak guna pensel pun boleh

lilit atau pintal..bahagian hujung kelopak...

kemudian....tekan pintalan tadi supaya menjadi efek kedut

ginilah rupenyer

hasil pintalan

kita ada 4 kelopak yang dah siap

susun bertingkat..jangan bagi sama susunan kelopak tu

okey...susun gini

amik gunting tadi...kemudian tebuk 2 lobang

ikat supaya senang nak pintal

bahagian dalam



picit bahagian bawah supaya membentuk bunga

setelah dipicit...pintalkan bahagian bawah tadi...kemaskan



hah...DAH SIAP

lalalalala...

Wednesday, 26 September 2012

Lotus crepe Flower Tutorial

hai..jom buat bunga teratai nih...nampak mcm complicated...tapi senang jer...still gunakan teknik sama macam bunga crepe rainbow...

jom
bahan-bahan yang perlu ada..kelopak tu boleh belajar di tutoral melur pelangi..

balut bahagian putik kertas berwarna kuning

ambil kelopak paling kecil(4 kelopak-saiz lebar 1cm) letak kedudukan ke dalam

susun hingga habis kemudian jerut..jadilah macamni

ambil kelopak layer kedua(5 kelopak-saiz 1 inci) susun kedalam juga

taraaa.....jadi begini

ambil lagi kelopak layer ke 3 (6 kelopak-saiz 1.5 inci) susun ke luar pulak(susun macam melur pelangi)

susun hingga habis kemudian jerut kuat kuat.....

taraaa....dah jadi munge..jom buat daun pulak

ambil satu lagi dawai...ikat

sama jugak macam susunan tadi (6 kelopak saiz 2 inci) susun hingga habis

pintal hingga bawah(kemaskan)

okey..dah berjaya....bunga teratai...syabas kawan kawan